Photobucket
لا اله الا الله ، محمد رسول الله

tuan tanah =)

Photobucket
Home About

assalamualaikum
pleasure to have you here.

signature

after read you may sign
please give some nice word =)


tuit tuit



Credits


Template: Siti Nur Zahira
Bascodes: Nurul AtiQah
Edited: suzana sofea
Others:   


erti kehidupan.

Assalamualaikum....

so basically, aku memang susah nak update blog dah sekarang ni akibat semester baru sudah pun membuka tirainya dan sekarang tengah mid-sem break yang hanya 2 minggu JE. dah lah 2 minggu kena balik awal pulak tu Ya Allah dalam hati Allah je yang tahu betapa geramnya sebab kena balik u awal hmmm cordinator dah warning suruh balik awal. nak tak nak aku kena cuba untuk balik awal. untuk semster ni aku hanya balik sekali ni je, study week karang aku tak balik dahhhh. lepastu balik untuk cuti semester je. sedih kan ?

bukan tak nak balik rumah, sayang duit atau apa pun yang korang fikir. aku decide untuk tak  nak balik selalu sebab nak didik diri untuk berdikari besides, aku tak larat nak duduk dalam bas lama2 sampai lapan,sembilan jam serious aku tak larat. lagipun aku jenis  cepat homesick, imagine k kalau aku balik cuti study week dan lepas tu aku exam confirm masa exam tu homesick teghukkkk. tapi alhamdulillah sekarang dah boleh atasi sikit masalah homesick yang melampau ni hehe.

aku tak balik JB selalu tapi dalam sehari aku akan call rumah lebih dari sekali. samada aku akan call mama papa dan vice versa hehe dan rentetan dari zaman pascateknologi ni aku selalu lah whatsapp segala aktiviti aku kat papa since papa paling aktif social media ni. begitu juga yang berada di rumah, diorang pun selalu hantar gambar dan voice note. dengan cara ni buat aku rasa diorang dekat sangat dengan aku. manjanya suzana sofea ni (tolong lempang sikit).


semester ni dapat studio master yang bukan calang-calang orangnya. cerewet dan strict kemahennn. at the positive side aku rasa kegarangan dia tu perlu so that aku tak lemak bila diberi kerja kira aku ada comitment lah bila projek diberikan. negativenya pulak aku asyik mengigil je bila hari studio sebab takut studio master tu mengamuk haha sebab hari2 ada je yang tak kena. studio master ni juga merupakan manusia yang paling punctual yang aku pernah jumpa. i mean, most of us fikir melayu memang satu kaum yang tak boleh punctual tapi no no no selepas pertemuan dengan studio master ni buat aku fikir yang tak semua melayu macam tu.

k studio akan bermula pada pukul 9 pagi setiap hari isnin dan khamis. so far dia tak pernah lambat. kadang2 8.45 dah ada dalam studio. so literally, semester ni aku banyak belajar pasal quality of punctuality since sem depan nak practical (insyaAllah) kira benda ni sedikit sebanyak memberi kesan positif lah pada diri aku.

dan budak studio aku ni pulakkkk gengster punya orang. semsester-semester lepas studio start pukul 9 pukul 9.30 baru sampai. dapat pulak studio master yang jenis lantak kau lah nak datang lambat ke hape kann. so ramai lah jejaka studiomate aku tu dah pernah kena duduk luar studio kerana tepat pukul 9 en. jo akan kunci pintu hahaha hambekkk engko tak dapat nak sign attendance. so far Alhamdulillah sangat2 aku tak pernah kena kunci kat luaq lagi heheh.

k k k dah lahhh, nak hantar nabil masuk asrama nanti aku sambung cerita lagi ye ? bye. Assalamualaikum dan selamat berbahagia kepada sesiapa pun yang membaca entry kali ni.