لا اله الا الله ، محمد رسول الله tuan tanah =) ![]() assalamualaikum pleasure to have you here. signature please give some nice word =) ![]() ![]() tuit tuit Credits ![]()
| longaq
Assalamualaikum. aku ada satu masalah. masalah ni aku tak sure semua perempuan hadapi atau tidak haha macam serious je macam serious je. semalam mama marah betul kat aku pasal bilik bersepah setiap kali nak keluar (padan dengan muka aku) yelahhh mana taknya setiap kali nak keluar jenjalan ke ape ke katil aku mesti penuh dengan baju. hmmm habit. aku mesti kena try satu2 lepastu pusing pusing depan cermin besar dalam bilik aku tu dua tiga kali. rasa tak okay ke ketat kat mana2 bahagian aku try tukar baju yang lain haihhhh memang bersepah lah cerita dia.
kadang2 aku try match kan dengan baju lain. bereksperimen gituuu. bila rasa baju tu okay selesa,longaq dan logik untuk dipakai baru lah aku puas hati. tapi lepas tu aku kemas balik dengan rapi tau baju yang sesepah tu,aku tak tinggal macam tu je tapi mama kata aku kena buang habit tu. mama kata tak kan sampai dah ada anak nanti nak buat macam tu. hmm tak kot,bila dah ada keluarga sendiri nanti kan comitment dah lebih kepada keluarga bukan pada diri sendiri dah. masa tu mungkin adegan katil dipenuhi baju dah takde kot (yeke? haha)
So,memang ada baiknya kita spent time depan cermin lama-lama sebelum keluar berjalan. bukan nak makeup bagai kita just nak make sure pakaian yang kita pakai tu mendapat redha Allah atau pun tidak. bila kita keluar dari rumah (terutamanya perempuan) kita membawa nama Allah,nama ibu bapa kita sekali. memang ramai orang kata don't judge book by it's cover tapi hakikatnya itulah first impression orang bila nampak kita,memang diorang for sure akan tengok luaran kita dulu,pandang slek kita atas bawah. walaupun sebenarnya kita memang totally tak boleh judge luaran orang buruk2. sebab tu lah kita kena pakai pakaian yang elok bila dipandang bukan macam sarung nangka yang ketat mampat padat tu. cuba k ?
best gila kot pakai baju longgar ni, selesa sangat, tak ada lemak2 yang terkeluar macam burger bila tengok dari belakang, sejuk pulak tu hewhewhew. dah banyak dah sekarang butik2 yang jual baju yang besar-besar kau sendiri kena lah usaha untuk tutup bentuk badan kau tu dari dinikmati lelaki mata keranjang kat luar sana. simpan betul-betul untuk yang halal. tak rugi pun.
ada yang tanya macam ni. " macam lah aku confirm kahwin,nak simpan badan yang solid ni buat apa?'
well,nawaitu tu kau berbaju longgar tu kenalah kerana Allah. niat tu biar lillahitaala. ajal,maut,jodoh tu semua memang bukan kerja kita tapi adil ke bagi diri kau sendiri untuk tayang gunung ganang tu pada orang lain ? tepuk dada tanya iman. apa-apa kita buat niat kena kerana Allah baru lah benda tu rasa senang dan tenang kerana aim kita untuk mendapat redha Allah.
|