Photobucket
لا اله الا الله ، محمد رسول الله

tuan tanah =)

Photobucket
Home About

assalamualaikum
pleasure to have you here.

signature

after read you may sign
please give some nice word =)


tuit tuit



Credits


Template: Siti Nur Zahira
Bascodes: Nurul AtiQah
Edited: suzana sofea
Others:   


the power of 'kun faya kun'

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah . syukur kepada Allah yang mencipta segala yang dilangit dan dibumi . kita sekali lagi diberi nikmat untuk bernafas sebagai seorang muslim . muslim yang meningkat imanya hari demi hari,insyaAllah . hari ni hari isnin,3 Jun 2013 bersamaan 24 Rejab 1434H . ini bermakna cuti semester 2bulan hanya berbaki seminggu je lagi . isnin terakhir di rumah . isnin minggu depan confirm busy nak register itu ini . so memandangkan ada masa yang terluang ni aku nak share lah sesuatu untuk post kali ni . 

pagi tadi  lepas kemas rumah dan tugas harian macam biasalah aku akan on laptop sementara tunggu papa balik untuk lunch . tengah scroll scroll timeline facebook tu tetiba adalah satu post ni yang betul2 menarik hati aku untuk baca . post tu pasal 'saudara baru' islam . aku percaya mana-mana muslim pun bila ada berita pasal seorang yang bukan islam berminat untuk memeluk islam kita mesti ada satu rasa dalam hati yang susah nak cerita . rasa gembira sebab diorang yang tak dilahirkan sebagai islam berminat untuk tahu lebih dalam . bak kata murabbi "hati adalah selembut-lembut dan sekeras-keras ketulan daging" lembut atau keras hati kita ni bergantung pada amal ibadah yang kita buat kat muka bumi ni . ya,saya tak lah baik mana . masih merangkak . masih perlu bimbingan dari yang lain . kalau softlan tu pelembut pakaian so zikir adalah pelembut hati . 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Satu Platun Askar Korea Masuk Islam. 
Komandan & 37 askar masuk Islam.

Kapten San Jin-Gu adalah salah satu komandan Brigade-11SF, pasukan perdamaian PBB dari Korea Selatan yg ditugaskan di Iraq. Kapten San dan pasukannya bertugas di wilayah Irbil, Iraq Utara. Semasa bertugas di wilayah tersebut, dia sering mengamati orang-orang muslim bersolat berjemaah di masjid, kebetulan markas pasukannya berada dekat masjid. Dia sangat terpegun dengan gerakan-gerakan solat. Kerana dihinggapi rasa kagum, dia mencuba meniru seluruh gerakan solat dan dipraktikkan di biliknya bersendirian.

Semasa dia mempraktikkan gerakan solat itulah, dia merasakan ada ketenangan, dan perasaan damai dalam hatinya. Itulah sebabnya, gerakan-gerakan solat tersebut kemudian, dia jadikan program meditasi di pasukan yg dia pimpin (disamping Yoga), dan ternyata sebagian besar perajurit setelah mempraktikkan gerakan-gerakan solat tersebut merasakan perkara yg sama, mereka juga merasa lebih tenang dan damai.

Sejak itu Kapten San berinisiatif mempelajari Islam untuk mengenali dengan lebih mendalam lagi, dan akhirnya dia memutuskan untuk memeluk Islam.

Ketika niatnya ingin memeluk Islam disampaikan kepada perajurit-perajuritnya, dia berkata:

“aku telah menemui cahaya kehidupan yang sesungguhnya, aku ingin berada dalam cahaya itu, dan cahaya itu adalah Islam”.

Tanpa dia duga, secara spontan 37 orang askar di bawah pimpinannya mengangkat tangan mereka, sebagai tanda ikut bersama komandannya – untuk juga memeluk Islam.

Subhanallah-Walhamdulillah-Allahu Akbar!


Alhamdulillah .Allahu Akhbar . hebatnya perancangan Allah . dulu mama pernah cerita senjata kita sebagai seorang islam ni doa . bukan payah nak berdoa tu . tak guna duit . tapi doa tu lebih kuat dari senjata2 lain . masa tu kecik lagi so cuma mengiyakan apa yang mama kata . so lama-lama bila dah besar ni tak semena-mena terfikir apa yang mama pernah cakap dulu

"mama kenapa dulu masa kecik2 mama cakap doa tu senjata kita ? kakak tak faham . senjata ? "

"doa memang senjata kita . senjata perisai terampuh kita . dulu orang barat memang menentang islam ni mati-matian . macam-macam cara diorang guna kan untuk jatuhkan islam . dia bom dia bunuh dia musnahkan rumah orang-orang islam . memang ramai orang islam yang terkorban kak . tapi hari demi hari islam tetap berdiri islam tetap memperjuangkan hak diorang tanpa berputus asa langsung . dari sini kita dah boleh nampak perjuangan kita ni perjaungan lillahitaala . lama kelamaan si orang barat tu yang pelik"

"kenapa pulak ma ? kenapa orang2 barat ni pelik ?"

"diorang pelik . kenapa orang islam ni dah diseksa macam-macam pun tetap nak berpegang pada islam tetap tak give up . so ketua diorang pun suruh kuncu-kuncu diorang berpecah ke setiap pelusuk dunia untuk jadi mata-mata orang atasan . diorang nak tau macam mana orang islam ni boleh kuat ? dan diorang nak tau apa sebenarnya kelemahan orang islam ni .  dah bertahun2 diorang siasat . dari setiap penjuru dunia diorang hantar wakil untuk siasat . kaji punya kaji . salah seorang kuncu dia dah penat sebab orang islam takde sembunyikan apa2 pun . orang islam jalani hidup macam biasa . so boss diorang pun heran lah ? boss diorang kata "apa yang mereka buat ? apa rutin harian mereka?" orang bawahan tu kata "hari mereka hari-hari yang biasa . bangun pagi solat subuh . berkerja . solat zohor . sambung kerja . solat asar . balik kerja . solat maghrib . mengaji . solat isya' dan tidur . di tengah2 malam mereka akan tahajud . separuh hari mereka hanya diisi dengan solat dan doa" . so boss dia tak percaya dengan kuncu dia yang sorang ni . boss dia pun call kuncu2 lain . jawapan yang lain pun tetap sama dengan kuncu yang pertama tadi . last2 boss dia suruh yang lain balik ke nagara dia semula untuk susun strategi baru"

"hakelahhh . kiranya diorang dah give up lah ? lepas tu ? " 

"tak . diorang buat strategi baru . macm-macam tokoh cuba buat konklusi dan akhirnya diorang kata senjata orang islam adalah doanya . doa dan solat tu yang  buat mereka jadi kuat . so taktik orang barat sekarang dah berubah . diorang dah tak guna bom bom . sekarang diorang guna HIBURAN untuk melemahkan umat islam . diorang serang kita dengan hiburan dengan keseronokan dunia untuk melalikan kita dari berdoa dan solat . dalam diam diorang pengaruh kita "

"ohh macam tu . kakak faham . doa tu senjata kita . dalam doa kita boleh meminta . Allah kan maha mendengar "

kita tak boleh berdiri tanpa Allah . even kita nak buka kelopak mata pun tak mampu tanpa kuasa Allah . bersyukurlah  . haihhh jauhnya aku pergi dari tajuk saudara baru ke tajuk doa . apa2 pun yang jadi . bila kita ada kawan yang baru memeluk islam kita bagi lah dia tunjuk ajar . kalau tak banya sikit pun jadilah . diorang berkorban macm-macam untuk memeluk islam . ada yang mak ayah tak setuju . ada yang kena halau dari rumah . kalau diorang kekurangan apa2 korang sedekahlah . 

aku ada satu pakcik dan satu abang sedara yang baru memeluk islam . bila dengar cerita makcik aku pasal dia terjumpa suami dia dekat depan masjid . masa tu suami dia memang dah berminat nak memeluk islam . selalu curi2 skodeng orang kat masjid tengah solat,mengaji apa semua . last2 terjumpa makcik aku depan masjid dan mak cik aku tak expect yang dia bukan islam . makcik aku kata "kenapa intai2 . masuk jelah pergi solat:" hahhaah . dari situ pakcik aku tu makin berani untuk peluk islam . Alhamdulillah . sampai sekarang kalau kat kampung ke kan . bila sedara mara lelaki solat berjemaah aku mesti perhatikan pakcik aku sorang tu solat . dari kecik memang suka perhatikan macam tu . dulu dia solat letak buku 'marilah sembahyang' kat depan tu pun ada rumi dia . sekarang Alhamdulillah dah boleh imam kan solat . 

"Sesungguhnya urusan-Nya apabila dia mengkehendaki sesuatu dia hanya berkata kepadanya:"Jadilah!" maka terjadilah sesuatu itu." [Surah Yassin: Ayat 81]

kalau tak busy boleh lah tengok video ni kejap . selamat menonton =,)