Photobucket
لا اله الا الله ، محمد رسول الله

tuan tanah =)

Photobucket
Home About

assalamualaikum
pleasure to have you here.

signature

after read you may sign
please give some nice word =)


tuit tuit



Credits


Template: Siti Nur Zahira
Bascodes: Nurul AtiQah
Edited: suzana sofea
Others:   


macam bagus . macam berani

ASSALAMUALAIKUM

so al-kisah semalam hari sabtu saya dengan sepupu perempuan belah papa berjalan sakan . dah lahhh tak plan awal-awal tetiba datang rumah ajak keluar . pagi tu macam biasalah kemas rumah basuh baju kemas bilik and masak . tepat2 kerja tu semua dah siap mereka semua datang . mementang yang sorang tu dah dapat kereta baru asyik berjalan je kerja dia . 

"Assalamualaikum nana ada ?" sopan je suara sebab tau mama ada kat rumah kalau tidak assalamualaikum jadi kum je tu diorang punya konghajooo memang tak nak kalah . berapa kali dah aku pesan bagi salam penuh kalau tidak nanti maksud lain . oh by the way nana tu aku lah . dalam keluarga most of them panggil  nana .

"waalaikumusalam . nana ada . kejap ye cik jana panggil" mama pun jerit dengan kuatnya . gegar kejap rumah aku . tiang hampir tumbang dan tingkap hampir pecah akibat jeritan nyaring tu "kakakkkkkkkkkkkkkkkkk!! ni sepupu datang dah tak reti nak keluar ke ? tetamu datang sambut lah " dalam masa memanggil sempat lagi bagi tazkirah pendek hahah .

"ye sepupu ku sayang . gapo dio mari rumah aku ?" hahaha bajet kecek kelantan pedahal kelaut bahasa 

" na jom teman kitorang pegi JPO nak beli barang lah" kereknya diaaaa ni . demand tak kurang macam aku . macam lah kat jusco takde butik nak jugak dia ke JPO

"jusco jela wehhh . dekat kot . JPO jauhhh . penat seh" alasan pertama

"takpelah aku drive kau duduk belakan macam bos "

"ehh tak boleh aku ni kaki mabuk . tak boleh duduk belakang" alasan kedua

"takpe aku bawak pelan . 60 je aku bawak" hahaha pelan sangat tu bila nak sampai JPO pun tak tau lahh

"tak boleh jugak wehh . aku ni jenis kena makan dulu tak pun belanja aku baju sehelai dua baru okay" aku jawab saje bikin hati diorang panas . aku dah nampak surni jeling aku . dah mula nak marak aku dah tu hahah

"kau memang lama tak kena lempang guna selipar jepun kan nana ?" haaaa umpama naga menyemburkan api 

"hahah aku gurau jelahhh . saje nak uji kau ni baran ke idok . tapi kau memang baran . baran tu asal dari syaitan tau . kawal sikit . harap berubah lah " aku memang suka bergurau . dalam gurau kadang-kadang aku dakwah lah sikit . mungkin cara orang berbeza-beza tapi aku suka yang lebih santai macam tu sebab aku pun suka ditarbiyah dalam keadaan yang santai . 

"yelahhh . cepat siap . 20 minit je aku bagi masa "

"20 minit . mana cukup . masuk dulu lahh . aku buatkan air kejap . bagi aku satu jam . aku sesiap kejap "

"satu jam????"

dalam keluarga memang aku paling siap lambat . kadang2 takdelah dress up lawa mana . tapi tetap lama . semua perempuan pun macam tu kan ? nak pakai baju nak nak pakai sarung lengan nak pakai stoking nak pakai losyen dan part paling lama bila nak pakai tudung kalau dapat tudung yang banyak cekadak takpelah . tiba2 dapat pulak tudung yang jenis lembik macam lilin haaa memang lama lah depan cermin cerita dia . aku ni jenis simple . sangat simple . sampaikan ada yang teringin nak tengok aku pakai over2 dress ke hape tu semuaaaaa . untuk masa ni tidaklah beta berminat untuk berpakai sedemikian dan insyaAllah aku akan kekalkan kesimplelan ini . nak over2 depan suami sudah lahhh cik kak

~~~~~~ satu jam kemudian~~~~~

so hari ni aku decide nak pakai something yang sporty sikit . aku pakai shirt labuh cardigan berseluar longgar dan bersneakers dark gray dan bertudung hijau . 

"okay jom" sambil sangkut sneakers dekat dua jari kanan aku

"punyalahh lama kau siap . simple macam ni je kau pakai ? ingat nak pakai gaun ke hape tapi" membebel lagi 3 sepupu aku ni

"dah tak yah nak membebel . jom"

dan kami pun bergerak ke JPO . dalam kereta macam2 lah yang diceritakan since lama tak jumpa . aku sibuk cerita pasal uitm diorang pun sibuk cerita pasal u masing2 . macam pertandingan bercerita pun ada aku rasa . masing2 tak nak kalah . cerita pasal dewan makan je tapi punyalahh heksited macam dewan makan tu bertaraf lima bintang . aku memang rapat dengan sepupu2 aku yang ni . dari kecil memang berkepit je kerja . cerita punya cerita akhirnya sampai lah JPO . 

JPO memang tempat paling best shoping so far dalam johor ni sebab segala brand yang kau nak ada kat sini disamping dihiasi dengan landscape2 yang cantik tapi mohon jangan makan kat sini lahhh mahal . bukan nak berkira ke apa . mama pun pernah pesan kalau bab makanan mahal ke murah beli je,jangan berkira tapi kalau dah nasi goreng pun dah 10 henget lebih tu dah cekik darah namanya . so lepas shopping apa semua kitorang pun pergi kereta semula . nak balik .

"makan lahhh . perut aku ni pecita ? korang dah makan seronok lah shoping" aku membebel sambil sumbat barang kat dalam kereta

"tu lah kau aku dah suruh makan tadi kat rumah . nak makan mana ni ?"

aku tengok jam di tangan . dah pukul 5.30 pm 

"dah lewat ni . makan dekat2 jelah tapi kiri kanan JPO ni apa ada . bau tar je ada . aku teringin nak makan cheesy wedges lah . kfc jom" pehal ? aku mengada2 . bukan mengada okay tu cuma teringin je

"okay lah kite pegi kfc setia tropika"

dan kami pun bergerak ke destinasi . dalam kereta sebok cerita pasal baju yang melepas tak dapat nak beli memandangkan size takda . size aku je ada tapi baju tu bukan taste aku hhaha kesian Allah tak izinkan diorang beli . dah nak pukul 6 baru sampai kfc . order gitu gini dan makan . gelak2 serupa kfc tu memang kitorang punya . sekali tengok kat luar dah gelap .

"eh dah pukul 6.45 . jom gerak balik . anak dara kena balik awal " okay kitorang pun berpusu-pusu untuk basuh tangan ceh bahasa aku . berpusu pusu hahaah

langit cerah bertukar jadi gelap . dalam perjalanan balik punyalah banyak cerita kat dunia ni tapi si syahmah ni pergi cerita pasal vila nabilah . aku sure semua penduduk JB memang tau pasal ni . pasal rumah berhantu . 

"kau ni syama . memang saje kan nak cerita benda2 gini . dah lah  gelap"

"rilex lah . maghrib ni . tak gelap lagi"

"hahah maghrib lagi lah dia suka" kata surni

aku watlek lagi . lantak lah nak cerita apa pun aku nak balik cepat sebbab dah rimas ni

" eh vila tu memang seram lah . kawan aku pergi hari tu " dia pergi sambung lagi . dah lah kiri kanan hutan . memang masa tu rasa nak bagi kasut je kat syahma . dia sedar ke tidak yang dalam kereta ni ada perempuan je ? takde hero . kalau ape2 jadi tengah jalan . sia2 je kang

"diam syama" aku mula panas hati . aku tau Allah ada teman aku

"tapi hari tu aku lalu depan rumah dia . usangg wehhh . seram" 

"diam syama . jangan cerita"

"orang kata nabilah mati kena bunuh kan ? "

"yeke . tapi tumah monafendi lagi seram kot . rumah dia besar gila kat tengah hutan" yaya pulak tak nak kalah . nak jugak cerita knowledge dia kat syahma . surni yang bawak kereta busy mekayan lagu . 

"eh tapi vila nabila ni lagi seram . dari gate dia je kau dah boleh rasa seram . dia ada 3 rumah tau . rumah dia . rumah bibik dia and ..........................................." yang belakang tu aku tak ingat dia membebel apa 

"tapi rumah monafendi lagi lahhh . rumah besar tapi kat tepi ada tangga tinggi . tempat misteri . kat situ lah dia buat kerja kot" yaya betah lagi cerita syahma

"tak yang korang nak gaduh2 pasal si nabilah dengan mona ni kenapa ? diorang kawan kau ke ?" aku mencelah oleh kerana kemelampauan diorang dalam bercerita . dalm dunia ni yang kita kena takut hanya Allah . hantu ke ape benda ke tu makhluk Allah jugak . 

tiba-tiba semua terdiam

"haa ni pehal senyap pulak ?"

"aku seram lah pulak" syahma yang dok pumpangpumpang tadi dah mula rasa seram

"aku dah pesan suruh diam dari awal lagi dah. degilnya kau ni kan . baca lah ayat kursi . ingat Allah tu maha agong . jangan takut dengan apa kat bawah langit"

semua diam sampai lah tiba kat rumah . sebab tu lah aku kata makhluk halus ni jangan diseru2 . korang pergi cerita lagi pasal rumah dia lah ape lahhh bajet berani je pedahals semua penakut . yang drive kereta pulak nak terkencing . *singgah petronas*

"woi surni pehal singgah petronas yang takde orang ni" tapi sumpah petronos tu macam tak ramai pengunjung . si surni ni berani sikit orangnya

"aku tak tahan ni . kejap lah " tinggal lah aku syama yaya dalam kereta . krikkrikkrik . sorang pun tak bercakap . diam . aku pelik lah kenape diorang ni senyap tiba2 . tadi kemain bercerita .

"eh nana aku rasa semacam ni . kau bacalah ayat apa2" aku bacakanlah ayat kursi semua untuk diorang

hidup dalam dunia ni memang ada makhluk halus . dekat sebelah awak tu pun mungkin ada tapi percayalah kuasa Allah lagi hebat dari makhluk yang tak dapat kita lihat tu . kalau kita takut lebih2 sampaikan takut tu lebih dari takut pada Allah parah lah awak . ingat Allah semua selamat .. seriously . apa yang penting takut Allah jauh beza dengan takut hantu tau . takut pada Allah lebih agung