لا اله الا الله ، محمد رسول الله tuan tanah =) ![]() assalamualaikum pleasure to have you here. signature please give some nice word =) ![]() ![]() tuit tuit Credits ![]()
| keluarga
ASSALAMUALAIKUM
Alhamdulillah Allah memberi kita pinjam nafas dan segala nikmat untuk kita pada hari ni . yang paling penting sekali kita dapat rasa nikmat sebagai seorang islam Alhamdulillah . harap graph iman untuk hari ni meningkat insyaAllah .
memandangkan khamis lepas hari terakhir persekolahan . jumaat dah start cuti . tanpa berlengah *choy bahasa pustaka* kami sekeluarga pun pergi lah ambil adik aku yang nombor 2 tu dekat madrasah dia . 2 jam perjalanan . dari Johor Bahru ke Batu Pahat dan kitorang sempat singgah kampung kejap . sepanjang 2 jam tu mata aku hanya tercelik untuk 30 minit je lepastu aku selamat tertidur dengan buaian kereta hahah . memang habit masuk kereta terus tertidur .
"kakak kakak bangunlah" nazhan gegar badan aku
"hmm........" balas aku
"kakak dah sampai sekolah abang ni" kuat betul semangat dia kejut aku . di tariknya kelopak mata aku besar2 suruh aku bangun last2 dia sendiri yang takut tengok muka aku yang mengerikan tu hahah
"hmm keja...p"
"cepat lah kakak . kuci kuci kuci kuci" dia geletek tengkuk aku ingat aku kucing ke apa haha walaupun geli lah sikit . kejut punya kejut akhirnya aku bangun . haa itu cara budak 7 tahun kejut kakak dia . sangat sopan siap kuci kuci lagi . kalau abang dia kejut takde nya nak manja2 macam tu . tak tarik telinga tak tarik hidung tak sah .
sampai sana lebih kurang pukul 6 macam tu . rupanya kitorang yang ambik paling lambat . yang lain semua dah balik dah . kemain semangat lagi diorang nak start cuti ye . dah punggah barang2 nabil yang macam anak dara banyak dia tu kitorang pun beredar dari perkarangan sekolah tu . dekat traffic light
"Allah . perut ni sakit pulak tetiba ni papa . dia macam mintak nasi ayam" muka aku berkurat sambil pegan perut yang kononya sakit tu haha
"amboi pandai pulak perut tu bercakap ye kakak" papa jenjeling sinis dengan kerenah anak dia sorang ni
"aduhhh . perut aan pun pedih ni papa" tetiba nazhan menyibuk . perut pedih kononnnnnnn . pandai pulak dia bercekerama mengalahkan aku
"hahah . siapa lah yang ajar aan buat2 sakit perut ni" mama gelak gelak bila tengok gelagat adik aku sorang tu . siapa yang ajar dia kalau bukan aku kan .
"okay lah kita cari kedai makan lepas tu singgah mana2 masjid . kita bermaghrib kat batu pahat"
haaa senyum lebar sampai ke telinga lah kitorang empat beradik . pergi makan je pun . kalau tak cakap pun papa memang akan bawak sebab memang waktu makan pun kan . nak cari kedai makan pun satu hal . cerewet . yang ini ramai orang sangat yang itu macam suram sangat yang sana buka muzik kuat sangat lah ape lahhh . akhirnya jumpa satu restorang yang menepati citarasa kami sekeluarga . so kami sebulat suara memilih restoran itu untuk makan malam kami . so menu utama is nasi ayam . setelah order bagai kitorang pun berbual . nabil cerita pasal sekolah dia . naqib cerita pasal rugby dia . nazhan cerita pasal hari sukan dia . papa cerita pasal accident . mama cerita pasal kain baju yang cecantik kat butik hari tu . aku cerita pasal pointer . dalam sibuk2 bercerita tu aku pandang sorang2 ahli keluarga aku .
Papa yang handsome rambut dah panjang janggut dah panjang . kesian papa balik kerja terus kena ambik anak jauh2 . penat dia langsung tak hirau . mama yang comel berbaju pink asyik tersenyum bila bercerita . bila dia buka cerita jangan ada yag berani potong ayat dia . kang ada yang kena jakgi hahah . naqib si botak yang baru balik PLKN dan kini tengah busy dengan kerjayanya sebagai seorang pemain rugby yang bertauliah . dah macam negro dah aku tengok dia kengkadang . tulah berrugby je kerja . nabil si tembah yang makin tinggi . kitorang jarang jumpa sebab dia mostly akan duduk kat asrama . dia kata dia nak hafal senang bila ada kat asrama . nazhan si permata hati kitorang semua . dialah jantung hati aku . keletah dia sebiji abang2 dengan kakak dia . aku ? anak sulung yang memikul tanggungjawab berat untuk tunjukkan contoh yang baik pada adik2 .
keluarga . itu anugerah paling bermakna untuk kita . masa kita dilahirkan kita tak pilih kita nak lahir kat keluarga yang mana . semua Allah tentukan . masyaAllah aku sangat bersyuur dilahirkan didalam keluarga yang penuh keharmonian ni . segala masalah dibincangkan . seorang ahli keluarga sedih yang lain mesti ceriakan . saling ingat mengingati . gaduh2 manja .
aku sayang mama dengan papa . memang sayang yang tiada tandingan . sayang kerana Allah . kerana redha Allah pada aku bergantung kepada redha mereka pada aku . bagi aku,kita kena bahagiakan keluarga kita sebelum kita bahagiakan orang lain . apa2 cari jadi keluarga dulu setelah puas meluahkan pada Allah . sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia .
okay cuba kita perhatikan . Allah kurniakan kita keluarga bahagia . ada ibu yang penyayang ada ayah yang bertanggungjawab ada adik beradik yang saling mengingati . tak bertuah ke tu namanya ? cuba kita pandang dunia luar tu . baby dijumpai depan masjid , dalam longkang , tepi tong sampah . Allahu . anak tu amanah . nauzubillah . harap dijauhkan dari perbuatan tu . kadang2 sayu tengok baby yang dibuang tu .
*mencintai keluarga adalah amanah bagi setiap manusia*
|