Photobucket
لا اله الا الله ، محمد رسول الله

tuan tanah =)

Photobucket
Home About

assalamualaikum
pleasure to have you here.

signature

after read you may sign
please give some nice word =)


tuit tuit



Credits


Template: Siti Nur Zahira
Bascodes: Nurul AtiQah
Edited: suzana sofea
Others:   


kiriman dari Allah

ASSALAMUALAIKUM


malam ini langit di Johor Bahru berlagukan dentuman guruh *cewah ayat* . saya duduk di balkoni tingkat atas berlantaikan carpet nipis dan berbumbungkan langit gelap sambil laptop di atas riba . hmm yes macam nak hujan . angin pun kemain sepoi2 bahasa tamil . dari sini boleh nampak semua bumbung rumah,lebih cantik bila dilihat lepas subuh . subhanaAllah

apa nak buat malam ni sofea ? *garu kepala yang tak gatal* . puas dah tatap laptop ni . kalau dia boleh bercakap mesti dia kata "heyy,boring bebeno aku tengok kau" . okay ini dah merepek

*buka folder picture* *folder part one uitm*

turun 

turun 

turun 

*terjumpa gambar lama*

heyyy ini gambar masa first time balik johor tapi kenapa saya macam menangis disitu ?

*tutup mata* sambil meraup muka nak cuba ingat semula

FLASHBACK FLASHBACK FLASHBACK ...............................

saya secara rasminya seorang student diploma in town and regional planning UiTM,Perak . huuuu panjang okay nama diploma ini . enam harkat mungkin . saya seorang manusia yang tak pernah langsung berpisah dengan keluarga . pernah pun paling lama tiga hari dan masa tu lepas mula study dekat uitm saya langsung tak jumpa keluarga dalam tempoh tiga bulan . tiga hari dan tiga bulan . nampak tak perbazaanya disitu ? tiga bulan yang cukup mematangkan diri ini . masyaAllah macam2 benda yang saya uruskan sendiri . sebelum ni semuanya papa dan bodyguard yang buatkan i mean adik2 lelaki yang buatkan . hmmm . sofea was so childish =,=

tiga bulan di perantauan . dan yang lebih mencabar lagi dalam tempoh tiga bulan tu adanya bulan ramadhan al -mubarak . dah lama berjauhan dengan keluarga dan sekarang kena buka puasa dalam bilik sorang2,tanpa masakan mama,tanpa makanan kegemaran . Ya Allah,masa tu hati ni meronta-ronta nak balik . nak hug semua yang ada dekat rumah . nak jerit dari perak * papa mama . kakak rindu semuaaaaaaa* tapi apa boleh buat itulah pengorbanan nya

hari demi hari ramadhan yang dirindui hampir tamat . ini bermakna hari untuk balik ke tanah air semakin hampir . masa tu happy kemain . dari beli ticket sampai lah ke kemas barang

"marissa kau rasa bas dari dalam uitm ni boleh percaya ke ?" 

sambil selak-selak tiket bas yang diorang promote dekat blok-blok kolej . masa tu baru part one kan . mana lah tau itu cara diorang buat business/anouncement dan sebagainya . saya baru balik dari dewan makan tempat diorang bagi tiket bas lepas kita massage semua butiran peribadi . okay cop cop *pause . semua jadi patung*  marissa tu roomate saya . berasal dari sabah bahhh

"boleh kot . sebab ko ingat senang2 je uitm nak bagi orang asing masuk uitm"

"hmm betul jugak bah" saya angguk-angguk

~~~ dua minggu kemudian ~~~

hari yang dinantikan sudah tiba . hari untuk balik ke kampung halaman . bangun tidur terus terduduk 

"marissa . hari ni hari apa ? aku balik hari ni ke ? aku tak mimpikan ? " sambil gegosok mata dengan muka toyanya masyaAllah buruk nya sofea

"yalahhh . kau balik hari ini . hari sabtu . hari yang kau nanti-nantikan " 

"yeayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy" sambung bergolek

bas bertolak pukul 11 pagi dan pukul 10 pagi saya dah pun siap . tinggal nak angkut beg turun saje . angkut beg besar ni turun ? seriously sofea ? sorang2 ? tanpa papa yang membantu ? pedahal bilik kat aras satu je . kemanjaan tanpa batasan ni perlu dilupuskan segera . 'okay okay sofea boleh' dan saya pun mengankat bagasi tu seorang diri . Alhamdulillah semuanya selamat . hmm macam sambut orang bersalin pun ada dia punya gempak cerita . beg je pun . blerghhh ='=

sampai depan pusat islam dan masa tu adalah beberapa buah bas . err mana satu bas ni ? okay cari punya cari . bas yang akan membawa saya ke negeri kesayangan telah pun dijumpai . barang dah masuk dan kini tuanya pulak . huuu for the first time naik bas . tanpa sesiapa yang dikenali .

okay perjalanan lebih kurang 9 jam . tidur bangun tidur bangun tanpa henti .. akhirnya sampai 'SEMPADAN JOHOR DARUL TAKZIM' tersenyum lebar . tersenyum gembira . tak terkata

1 jam lebih kemudia . saya dah pun sampai larkin . hoooooooooo this feeling was the best feeling ever . dalam hati kata . papa mesti dah tunggu ni . ishh tak sabarnyaaa 

dah turunkan barang . terus call papa 

trut trutt tru truttt *papa angkat call*

"assalamualaikum . papa kat mana dah ? kakak dah sampai ni " cakap sambil tersenyum . excited sorang2 . dah tak peduli dah apa orang kat sekeliling pandang 

" ye kakak . papa kat skudai ni . stuck in jammed lah" 

danggggggg .punah harapan . tetiba petir sambung menyambung dan hujan di hati pun mebasahi pipi 

" papa kata nak sambut kakak . kenapa lambat . kakak takut lah sorang2 kat larkin ni pa . semua macam berniat jahat je pandang kakak ni haa . cepatlah drift pa . cepatlahhhh " haaa masa tu cakap pun cover2 malu orang dengar saya merengek macam bebudak

" sorry anak papa sayang . bagi papa 10 minit . bye " setelah ayat2 manis diberikan papa pun end call

dannnnnnnn saya sesorang dekat larkin ni tanpa hala tuju . orang lain semua busy kemain dengan life diorang . tak nak ke tanya kenapa saya ni berdiri seorang kat sini . haihhhh . tetiba datang sorang mamat

"adik ke KL ke KL" sambil hulur tiket

" eh tak tak " kedua dua tangan saya ke kiri dan kanan sambil kepala mengeleng lelaju

"saya baru sampai . saya tak nak pergi KL pun" haaaaa puas aku geleng dan lelaki tu pun pergi

Ya Allah . dunia ni bahaya ada dekat mana2 . kepadamu tempat aku berlindung . lindungilah aku dari kejahatan dunia . pulak tu ramai kemain manusia  . sangat2 ramai . saya ditolaknya . terjatuh . takda pun orang nak tolong huaaaa ini part paling sedih . air mata bertakung dah ni . semut pun boleh berenang dah rasanya . jangan gelak ini part sedih ni . 

10 minit hampir berlalu .................... krik krik krik

dah hampir berlubang handphone ni saya tenung . tunggu punya tunggu punya tunggu dan papa pun call

"kat mana sayang" suara gelabah . haha comelnya . okay sofea main peranan cepat

"jangan sayang2 dah . kakak kat sebelah kfc ni pa . cepatlah . pakcik teksi ni asyik tengok je . kakak penat berdiri . beg besar takde orang tolong pun bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla panjang membebel tanpa henti . tetiba bahu rasa ada orang sentuh . pusing belakang dan itu dia papaaaaaaa . terus peluk . seriously dah tak fikir orang pandang . seriously !!! rasa macam semua tengah berhenti jadi patung dan saya dengan papa tak jadi patung

"kenapa papa lambat . kakak rindu" air mata jatuh tanpa henti . okay sofea menangis masa tu . ini kelakar hahah . 

"ishhh kenapa nangis ni buruknyaaaa . orang pandang tu " sambil usap kepala saya

" dah dah jom masuk kereta . papa main parking je tu . karang kena saman pulak" papa pimpin tangan dan tarik bagasi 

dari tadi tertunduk diam . dan bila mendongak saya ternampak papa menagis . Ya Allah sebaknya masa tu . lagilah jatuh berlinangan air mata ini . Ya Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang . terima kasih kerana melahirkan aku di dalam keluarga ini . keluarga yang paling aku sayang . indahnya 'malaikat' yang kau kirimkan untuk menjaga aku ini . Ya Allah, tak pernah nampak papa mengalirkan air mata kerana saya . 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



mama tercinta . ibu terhebat di dunia . letaklah kate middleton kat sebelah . kakak tetap peluk mama . middleton kakak tolak kuis ketepi . tiada tandingan langsung dengan mama . mama lagi cantik muah muah . sembilan bulan sepuluh hari angkut kakak yang seberat 2.9 kg ni haihhh dah sama berat dengan guni beras dah rasanya . kuatnya mama bawak kakak . terima kasih atas segalanya maa . terima kasih kerana melahirkan baby secomel suzana sofea . eh ? baby yang akan memenatkan mama dan menambahkan lagi kesibukan mama sebagai guru . kakak harap mama bahagia mempunyai anak seperti kakak . teringat lagi masa mama cerita mama lahirkan kakak . bukan senang bersalin kata mama tapi mama kata mama nak besarkan puteri mama ni dengan penuh kasih sayang . mama kata Allah dah pilih mama untuk pikul amanah untuk lindungi dan bimbing kakak . mama tak pernah bosan marah kakak ? bangun pagi suara mama terngiang2 . kakak tau satu hari nanti Allah ambil mama dari kakak . mama malaikat yang Allah pinjamkan untuk kakak . kakak tak akan sia-siakan mama . mama lah bidadari hati



papa tersayang . besarnya pengorbanan papa lindungi satu-satunya puteri papa ni . berpenat hanya untuk tengok kakak senyum . tingginya nilai kasih papa . kagumnya . sabarnya papa didik kakak yang nakal ni . sabarnya papa hadapi kakak dari kecil sampai lah sekarang ni . hingga kakak sampai universiti . Alhamdulillah . papa banyak tanggung sakit tanpa bagitau kami adik beradik . tak nak buat kami risau . teringat lagi masa papa jatuh dari bumbung bengkel belakang rumah . papa pengsan . mama,kakak,naqib,nabil,nazhan angkat papa bawak masuk dalam rumah ramai-ramai . masa tu air mata tak nak berhenti . mama kata jangan menangis tapi memang sebak kat dada ni tak tertanggung dah . naqib yang kental tu pun menangis inikan lagi kakak yang hati sutera ni nak cerita betapa sensitifnya kite . kami semua peluk papa . Allah nak ambik papa dari kami ke ? kakak goncang badan papa . mama usap kepala papa yang berdarah . lima minit lepas tu papa sedar . papa senyum . senyum terpaksa . kami peluk lagi . peluk  macam tak nak lepas .  terima kasih Ya Allah . papa senyum papa kata papa okay . jangan risau . hebatnya papa saya . jatuh dari tempat tinggi dan masih boleh tersenyum 


"Ya Allah, Ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibubapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.”