لا اله الا الله ، محمد رسول الله tuan tanah =) ![]() assalamualaikum pleasure to have you here. signature please give some nice word =) ![]() ![]() tuit tuit Credits ![]()
| ujian Allah
Assalamualikum ..............
hari ni ada kelapangan nak update blog comel kite ni hihihi . memandangkan uitm bagi cuti lima hari so sempatlah nak update . cuti lima hari tapi dua hari dah digunakan untuk berjalan-jalan so tinggal tiga hari . nak buat assignment tapi mood tak sampai lagi . haihhh sofea sofea *geleng kepala* .
kadang-kadang masa nak buat assignment saya terfikir "kenapa lah aku pilih diploma ni . punya lah banyak option lain masa apply upu dulu . diploma ni jugak yang aku letak . second choice pulak tuuuu *tersenyum sendiri* cepat-cepat istighfar . astaghfirulahalazim . Allah tu maha agung sofea . see,sekarang benda yang kau tak pernah terfikir untuk belajar kau ada rezeki untuk belajar" siapa yang gerakkan hati saya masa apply upu tu kalau bukan Allah ? siapa yang gerakkan hati panel juri masa interview untuk terima saya masuk uitm kalau bukan Allah ? Ya Allah,indahnya perancangan mu .
tak pernah sekali pun saya menyesal ambik diploma ni walaupun ramai yang kata diploma ni susah,complicated,belum tentu ada kerja,banyak guna duit,tak sesuai untuk perempuan dan sebagainya . dari hari pertama saya dilabelkan sebagai student perancang bandar saya dah tanam azam . apa pun yang terjadi,saya nak habiskan diploma ni dengan cemerlang in shaa Allah .
kalau ditakdirkan saya tak dapat kerja dalam bidang yang saya belajar ni saya redha . dalam masa yang sama saya bersyukur sebab Allah bagi saya peluang untuk belajar . jangan pernah menyesal dengan takdir yang Allah aturkan untuk kita
izinkan saya cerita sikit tentang UJIAN ALLAH..............
Ujian Allah ialah sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah SWT kepada semua manusia (terutama orang-orang yang beriman kepada Allah) semakin meningkat tahap keimananya semakin besar ujian yang diterima.
tiada satu manusia pun yang terlepas dari ujian,cabaran dan rintangan dari Allah SWT. ujian Allah ni bergantung sejauh mana kecintaan kita terhadap yang Maha Pencipta
Ada orang di uji dengan penyakit, ada yang terpaksa memelihara anak-anak yang cacat, ada yang suami penagih dadah, isteri yang ditinggalkan kerana perempuan lain, panas baran yang menyeksa isteri, malah ujian rumahtangga ini yang paling common sekali. Ada yang masa kecik lagi dah diuji,ibu bapa meninggal dunia, dirogol keluarga sendiri, diseksa ibu tiri dan macam-macam lagi di luar sana.
jika diri awak di uji dengan susahnya hidup, tetapkanlah hati dan bersangka baiklah terhadap Allah SWT. Itu tandanya Allah rindu nak mendengar luahan isi hati awak . subhanallah,Allah rindukan kita ? siapa kita untuk dirindui . hamba yang banyak dosa . rasa tak layak tapi hakikatnya Allah sangat suka dengar bisikan-bisikan hati yang rindu kasih sayangNya.
ketika diri di uji,sebenarnya Allah sedang memelihara awak dari sejuta keburukan. Ingatlah orang-orang yang dikasihi Allah SWT. Setiap kesusahan itu akan diakhiri dengan kebaikan dan kemuliaan.
sebab tulah awak kena lapangkan dada dan bersyukur dengan penuh redha supaya kebaikan dunia akhirat tetap di hati awak . semoga apa yang awak rasa tu bertukar menjadi ketenangan, redha dan ikhlas dalam setiap apa yang berlaku.
Ayat 2 Surah al-Ankabut, yang bermaksud,
"Adakah manusia itu mengira, bahwa Kami akan membiarkan sahaja mereka berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji oleh Allah swt."
Suatu peristiwa bilamana Saad bin Abi Waqash bertanya kepada Nabi saw, "Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling teruk kena uji?"...Lalu jawab Rasulullah saw, "Yang paling teruk kena uji ialah para nabi dan para rasul, kemudiannya golongan yang mengikut para nabi selepas zaman nabi (tabiin) dan kemudiannya golongan selepas tabiin yang mengikut para tabiin."
sofea
14 rabiulawal 1434 hijrah
|