لا اله الا الله ، محمد رسول الله tuan tanah =) ![]() assalamualaikum pleasure to have you here. signature please give some nice word =) ![]() ![]() tuit tuit Credits ![]()
| wanita hebat
assalamualaikum khalifah allah =') harap semua sihat okay . ni nak tanya sikit ni . kenal jennifer lopez ? kenal selena gomez ? kenal demi lovato ? rasanya korang mesti kenal retis tu kan,sebab saya pun kenal hehhe . tapi kenal tak sumayyah ? kenal masyitah ? ummu habibah ? okay ni last . kenal rabiatul adawiyah ? hmmm alhamdulilah ada jugak yang masih kenal wanita2 hebat ni . takpe,dulu saya pun tak tau mereka ni semua tapi Allah kirim kan seorang hamba ni yang rajin cerita pasal islam kat saya *terima kasih Allah*
so,saya nak cuba sampaikan balik apa yang beliau sampaikan kat saya dekat awak2 semua . boleh tak ?
Sabda Rasulullah SAW : “Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” [Bukhari]
saya nak cerita pasal rabiatul adawiyah yang for sure semua orang tahu siapa dia dimata islam
Pada suatu malam,masa tu Rabi’ah sedang solat . dia rasa sangat letih sehingga dia jatuh tertidur. nyenyaknya tidur sehingga matanya berdarah tertusuk alang-alang dari tikar yang ditidurinya, sama sekali dia tidak sedar.
tiba2,Seorang pencuri masuk ke dalam pertapaan itu dan mengambil cadar Rabi’ah. Ketika hendak keluar dari pertapaan itu, jalan keluar telah tertutup. Kemudian, pencuri tersebut melepaskan cadar tu . tiba2 jalan keluar kembali terbuka. Kemudian dia melakukan hal yang sama dengan mengambil semula cadar Rabi’ah dan jalan keluar tertutup semula. Sekali lagi dilepaskan cadar tu . Sebanyak tujuh kali dia melakukan perkara yang sama . tiba2 terdengarlah satu suara dari salah satu sudut pertapaan itu:
”Hai manusia, tiada gunanya engkau mencuba-cuba. Sudah bertahun-tahun Rabi’ah mengabdi diri kepada Kami. Syaitan sendiri tidak berani datang menghampirinya. Jadi, betapakah seorang pencuri mempunyai keberanian untuk mencuri cadarnya? Pergilah dari sini hai manusia jahanam! Tiada gunanya engkau mencuba-cuba lagi. Jika sahabat tertidur, maka Sang Sahabat bangun dan menjaganya.”
subhanallah,cuba kawan2 bayangkan even syaitan durjana pun tak berani nak datang kacau rabi'ah . syaitan dah give up . kalau nak bandingkan kita dengan rabiatul adwiyah ni kita tersangatlah kecil macam habuk . dia sangat rapat dengan Allah sebab tu Allah sayang dia .
Pada suatu malam, majikannya telah melihat tanda kebesaran rohani Rabiah iaitu ketika Rabiah berdoa kepada Allah, katanya: “Ya Rabbi ! Engkau telah menjadikan aku budak belian seorang manusia sehingga aku terpaksa mengabadikan diriku kepadanya. Seandainya aku bebas, pasti aku akan persembahkan seluruh waktu dalam hidupku ini untuk berdoa kepada-Mu”.
Tiba-tiba sebaik saja dia selesai berdoa, ternampak satu cahaya mendekati kepalanya. Melihat kejadian itu majikannya menjadi terlalu takut. Keesokan harinya Rabiah telah dimerdekakan.
_________________________________________________________________________________
Semasa hayatnya, banyak keajaiban telah dikaitkan dengan Rabiah. Antaranya, Rabiah mendapat makanan daripada tetamunya melalui jalan yang aneh-aneh. Diriwayatkan bahawa, ketika Rabiah sedang menghadapi sakaratul maut, dia meminta teman-temannya meninggalkan dia seorang diri. Kemudian dia mempersilakan para utusan Allah datang kepadanya.
Sewaktu teman-temannya berjalan keluar mereka terdengar Rabiah mengucapkan syahadah, dan ada pula suara yang menjawab: “Jiwa, tenanglah, kembalilah kepada Tuhanmu, legalah, kembalilah kepada Tuhanmu, legalah hatimu pada-Nya, ini akan memberikan kepuasan kepadanya”. |